Friday, June 10, 2011

Tempahan untuk raya

Kawan2 yang dikasihi,

tak lama lagi kita nak raya, lagi 2 bulan lebih kan? Jadi sudah tentunye ade yang berhajat nak menempah manik. Saya sarankan sila lah menghantar awal, supaya baju anda dapat saya siapkan maniknya sebelum hari raya. Dapat lah anda pakai dan laram di pagi raya.

Ramai yang tanya saya, tempahan bila tutup? Susah sungguh nak saya jawab soalan tu. Sebabnye ramai yang menempah manik, tapi semua tempah mulut je, baju nye tak dibagi. Tak siap lagi lah. baru nak tempah la. Abih bila plak nak antar manik kalau bajunye pun tak siap lagi Senah? Kawan2 kat opis la tu. sampai kadang2 bila ada yg tanye aku amik tempahan lagi ke tak, aku jawab "entah la". nak kata amik, takut sekali datang nanti banyak, tapi nak kata tak amik, sekali yg booking2 tu tak antar pon baju nye.

So saye nak buat pengumuman disini, siapa hantar dulu, dia la priority. Yang tempah2 mulut tu tak aci ye. Kalau anda lambat, tak dapat la den nak nolong. Kalau nak buat pearl tu saye confident la boleh siap sebab design pearl tu tak makan mase sgt. Tapi kalau nak buat flora flori dan tabur penuh bagai, sila lah hantar cepat. Sekian terima kasih.

p/s: mama puza, tima kasih sebab hantar awal ya. Baju anda confirm boleh siap before raya ( before puasa pon boleh ma). hehe.

p/s: baju aku pun nak dimanik gak. aku pun nak melaram gak. Tapi baju aku pun tak siap lagi. Farisya, baju akak bila leh siap?

No comments: